Blogger Backgrounds

Apr 11, 2011

korang sepatutnya berterima kasih.

ayahanda dan bonda sedang menonton TV, seraya bonda berkata. "..sy letih la..dah lewat ni, sy nak tido lah...." bonda pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas. leceh pulak nanti. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink. rendam lepas makan tadi. basuh jap.

susun pinggan kat rak, lap dapur. terpercik kena sambal masa masak tadi. check air panas dalam flusk. takut habis pulak nanti malam anakanda tersayang  nak susu. memang dah kering pun flusk ni, jerang la air. sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong. salin la gula kejap. ala, kejap je pon. check bubur untuk anakanda tersayang untuk hantar ke taska esok. nasib baik ade lagi. ishh. ni lauk bila ni, semalam. dah beku dah. basuh la kejap. pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh. masukkan je dalam mesin basuh dulu. buat semak je dekat luar.
tik. bunyi air dah masak. salin air dalam flusk. ok settle.

baru teringat tak semayang lagi. on da way nak g bilik, ayahanda tgk tv lagi. nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska esok. check. baju 2 pasang, towel. towel kecik utk selsama. calamine lotion untuk sapu ruam. pampers 4 keping. alamak. telupa pulak masukkan botol. cari la kejap. esok kelam kabut pulak. basuh botol jap. ok settle.

besok nak pakai beg polo coklat lah, semedang pakai beg hitam ni je. salin jap barang2 tukar ke beg coklat. cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2. leceh pulak nanti. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti. hishhh sempit la beg ni. hangin je. nak kena beli ni beg baru. rasenya 25 hb ni Sogo sale nih. mana flyers tadi ek. ha ni die. sempat lagi dok tengok flyers. ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa. ok settle.

tetiba dengar suara ayahanda "..awk buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni. nak smayang jap..."

masuk toilet. buat apa2 yang patut. cuci muka dulu. 2 jenis lak tu. adoi. gosok gigi. smayang. pakai toner. pakai treatment cream. nak lawa and maintain punya pasal lah ni. nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak. susah hidup.

bukak almari. emmm. pakai baju hijau ni lah besok. gosok kejap. check baju ayahanda, baju ayahanda pun kena gosok jugak ni. kat bilik belakang.

la, nape komputer tak tutup ni. pelupa betol pakcik sorg ni. gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah. ishhh. g dapur, basuh, sambung gosok baju. gantung elok2. kemaskan baju gantung2. masukkan seluar ayahanda yang dah kotor dalam tempat baju kotor. ok settle.

dgr suara ayahanda lagi..."..sy dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik. owh. pokok aku dah nak mati ni ha. lupa dah 3 hari tak siram. ok, siram jap. check jap pintu ni. sah tak kunci lagi. grill pun tak tutup. ye2 je buat pagar sikit punya mahal. rasa macam duit+nyawa nak melayang sekali. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku. kunci jap. bukak lampu luar.

ni mainan ni sepah2. masukkan la dalam bakul mainan budak ni. banyak nya. sampai bawah meja makan pun ade. adoi. oke da.

ok dah boleh baring. adoi sakitnya pinggang. cium si comel ni kejap. selimutkan die. la. napa basah ni. emm, tukar la pempers ni. tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la. nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali. ok sayang tido k. kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh. tido sampai pagi k. gud nite. sweet dreams.

aaahh. sedapnya dapat baring. mana pulak lotion sapu kurus aku nih. ha, ni dia. sambil sapu lotion kurus, setkan alarm. setkan program kerja besok. pg kul 9.30 ade meeting. ahh. boring. panas pulak lotion nih. dah la. emm. sedapnya lelapkan mata. seharian uruskan anak2+laki tercinta. Ya Allah. terima kasih untuk rezekiMU hari ini, mohon keberkatan dari mu Tuhan. ayahanda pun bangun tutup tv. "...sy dah ngantuk sangat ni. nak tido lah. citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit, dengar suara ayahanda berkeruh. dah agak dah. kesian laki aku penat. selimutkan ayahanda dulu. selepas memikirkan segala bagai yang berlaku dalam seharian bersama anak2 dan suami, ibunda pon melelapkan mata. berdoa semoga hari esok lebih cerah berbanding hari ni. sebab tadi hujan. :)

so? apa yang peliknya?

anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama? SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu. hhahahahhahhah. sebelum nak tidur pon dia boleh memikirkan segala perihal yang berlaku kat sekeliling dia. walaupun kantuk masa tu hanya Tuhan je yang tau.

tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah. setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri.walaupun luarannya sekeras kerikil, namun dalaman mereka seorang wanita masih seperti kerak nasi yang apabila direndam dengan air tetap akan lembut. dalamannya masih wanita yang lengkap pelbagai kewajipan yang harus ditunaikan.

andai ada sang pria yang mengakui kebenaran ini. hormat dah hargailah mereka. untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari atas nama wanita yang sangat diperlukan oleh anda seorang lelaki.

salam.:)
 .ayahanda dan bonda.

*post kat atas ni tak de kene mengena dangan gambar diatas. cuma nak tunjuk yang inilah abah ngan ibu saya! :)